12 January 2012

My Late Train

Oppps like missing the train hokeehhh to put 2012 wish list. Actually wish list for this year is "0". No sense of how crazy my heart now. This year's annual diary free.Me got annual diary? Oh my godness. Hik hik!  Hubby said this year Malaysia Island Holiday only. Okey dear. But It's the heart ni previous diary in 2013 is structured properly in the head brain.And not forget Alhamdulillah, thanks for all the dreams of 2011 are achieved. Plaque suddenly became tight:

Of all ni planning, planning for this year is PREGGY. Since I now  my new office is very bored ... so I look forward to maternity leave. So wish list this year is to preggy the whole year! ha ha ha ....
And it was great news for the company hubby had to bear the medical costs during pregnancy. Big smile again. Another things, I hope that I can learn new language. Arabic, mandarin,cantonise, french, spanish....which one is better?

The other, a sense of gratitude is given two sisters or best friends to be known when to step into this new office. Posted close friends with upstream to downstream. Thanks sister.I truly hope this friendship forever without envy:) Sometimes we really hope to be able to post close to each other. Could not the one continent country will be.

*Azam tahun baru la kot tulis semua dalam english. :)

15 December 2011

Budak kecik ini

Seminggu kebelakangan ni dia tak mo duduk taska, tak tau la kenapa. Asal sampai je nangis meronta-ronta tak nak duk taska. Sebelum ni ok je. Kenapalah agaknya.
 Kesian dia......Masih tak faham napa kena duduk taska. Kadang2 sebut bibik, mak, uwan:(
Tapi umi tau kamu seorang anak yang bijak. Umur 2 tahun 2 bulan dah boleh kira 1-10 dalam bahasa melayu n english. Wana pun pun dah kenal.
Kalo dia cakap "umi dah abis" aku tanya abis tu apa? Finish jawabnya.
Tapi sasaran untuk mendidik dia menghafal surah2 pendek blum dapat lagi.
Sejak pandai bercakap kalo tanya dah besar nak jadi apa katanya nak bawak flight.
Umi doakan cita-cita Adib tercapai walaupun umi nak Adib jadi Ustaz or Tahfiz:)

22 November 2011

Happy 3rd Anniversary

Semalam 21.11 anniversary kami yang ke-3. As usual, makan kat luar. Tapi semalam buleh dating dengan tenang. Adib tdo dengan lena dalam stroller setelah sekian lama dia tak penah tertido dalam stroller. Mungkin penat sangat sebab duduk taska n tdo tak berapa selesa. Hadiah Anniversary tahun ni tak de eh!Apa yang kami beli semalam adalah mainan Adib 3 for RM10. Sekor anak ayam yang buleh bergerak, kapal terbang n lori. Semuanya buleh bergerak. Tak de hadiah pun tak pe, asalkan setiap tahun boleh bersama-sama selamanya pun dah memadai.Bahagia dan gembira adalah yang terbaik:)
Tepek la gambar Eifel Tower ni, moga satu hari nanti akan sampai sana;)

31 October 2011

New Chapter


Lepas berpindah ke tempat kerja baru semua benda berubah. Totally diffrent!
Tempat baru ni sangat rileks. Aku duduk kat sebuah bahagian yang sangat rileks.
Sometimes aku rasa teramat bosan, tapi memandangkan staff semua adalah pegawai, terpaksalah aku belajar macam benda. Paling syok, pukul 5 tepat dah start bawak kereta balik rumah ok.

Adib punya life pun dah berubah. Bibik sudah berhenti. Bagus juga, kalo tak buat sakit hati je.
Adib duduk taska dekat opis baru. Taska depan mata aku jer, kejap2 pi intai dia.
Everything ok. Daddy pun bertambah rajin membantu di rumah.
Setiap masa my hasben tanya, penat tak?
Tak de apa yang penat pun, dah la kat opis rileks je.

Harapan aku semua berjalan lancar seperti yang diidamkan!

13 September 2011

Selamat Tinggal

Nampaknya aku terpaksa meninggalkan opis lama. Masa dah tiba dan rasanya aku dah sedia untuk jadi freshie. Untuk kengkawan kat opis lama, jasamu sentiasa dikenang, korang memang best.....makin lama makin best makin sedih plak nak tinggalkan:'(



Gambar raya 2011 bersama semua staff Pejabat.

 

12 August 2011

Berhabuk

Lamanya la tak updated blog. Malasla.......

Sekarang ni mod nak buat kerja bapak punya malas. Tengah tunggu surat transfer baru ada mod nak setel keje. Memandangkan bulan poser bulan rileks maka kerja tak berjalan la jawabnya.

Cerita pasal anakanda tersayang:

Sekarang asal sikit nangis. Sabor jelah tu. Nak buka n sahur pon tak senang. Ada 2 bulan lagi untuk pencen. Dia juga semakin kurus dan halus. Tak tau la nak buat mcm mana. Dah la lasak makan n menyusu tak nak pulak.Hopefully semuanya ok bila dia 2 tahun nanti.


Dengan karton fevret dia..upin ipin

21 June 2011

Hari Ini

Dah lama tak bersedih. Huk huk.....pilu sungguh hati bila memulangkan kunci rumah lama ke BPH. Tak tau la kenapa, hati sedih sangat. Walaupun baru 2 tahun ++ jer duduk rumah tu. Bila tengok rumah tu kosong, terbayang-bayang anak sedang bermain dan membesar. Hiba sangat hati aku bila tengok rumah ni kosong. Tak tau nak cakap la perasaan ni!
Ruang tamu tempat kami makan dan tengok tv
Master bed room tempat tido kami.

Dapur tempat aku masak

Balkoni tempat termenung

Dan ni tempatnya....

20 June 2011

Bulan Yang Sibuk

JUN 2011:

1) Rezeki tak pernah terpikir, dapat kuarters teres.Pindah rumah dari atas langit ke bawah tanah.
     -Ulang alik ke BPH, Syabas dan TNB. Rumah lama kena kasi setel jugak.

2)Bibik sakit mengada. Adib terpaksa datang opis ngan umi dia. Kesian my son!

3) Family Day Pejabat yang sangat seronok!Drive ke Port Dickson bersama anak tercinta sahaja:(
    *Dapat Blackberry Bold III kasi terus ngan hubby.

4) Berita gumbira, berjaya interview ke Wisma Putra. Alhamdulillah.

5)Trip to Beijing. Hotel tak booking lagi, transport semua tak booking. Visa Adib baru buat.
   
Nota kaki : Ada beberapa hari lagi nak ke Beijing, aku berdebar je nak bawak Adib yang lasak without pakai travel agent.Percutian backpakers ok!

04 April 2011

Slot Jambu

Sekarang duk tanggung keje tiga jambu opis:(
Kepala pening, ting tong ting tong. Kejap bos panggil, kejap nak jumpa org nak dengar masalah rakyat.
Muka banyak manis, macam sangat baik. Walau hakikatnya tuhan jer yang tau.
Haiii....bila nak dapat pengganti ni.
Mati ler aku berlari ke sana ke mari.
Kena manage masa, kalo tak, keje tak siap.Bos bebel.
Ni belum lagi dengan mereka yang duk keje aku untuk O.T n TNT.
Rasa cam nak cuti  bersalin 6 bulan je!!
Huaa waaaa!!!!

01 April 2011

Tioman

Cantiknya.Sejuk mata memandang. Mendamaikan!Rasa cam nak pergi je jelajah pulau. Mesti bestkan??Tapi.......kalo kami pergi bertiga, camne nak snorkeling?Adib?? Simpan je lah dalam hati makcik oiii. Tahun ni banyak nak pakai duit. Nak pindah, nak renovate rumah, duit lawyer tak bayar lagi. Sabar-sabar jamu je lah mata:)

Recent Comments

My Precious

My Precious